27 Nov 2011

aku dan nek Nyot di Kg Bukit Senggeh

         Walaupun nama nenek ni pelik tapi dia memang seorang nenek yang sentiasa di hatiku.Banyak sebab nama nek Nyot  ni tidak dapat kulupakan.
         Kedudukan rumah Nek Nyot ini adalah di baruh. Dekat dengan sungai, Dan yang syok rumahnya menjadi tempat aku lepak kerana aku berkawan dengan  cucunya Sapura yg ku panggil Kak Comel.  Nenek Nyot  menjaga cucu-cucunya ,Yang kuingat ialah Dak Din, Dak Li atau Zahari dan dak Zaid. Mereka ini kematian ibu mereka iaitu Busu Yah,
       Sebelum itu semasa arwah Busu Yah tidak tinggal di sini kerana telah berpindah ke  Felda Bukit Senggeh  nenek Nyot tinggal seorang diri di rumahnya. Kadang-kadang mak tidur jua rumah Nek Nyot ni pada waktu malam. Aku suka tidur di rumah nenek ini kerana dia pandai bercerita dan memberi petua. Aku suka melihat nek Nyot menganyam tikar mengkuang. Sampai sekarang aku sangat menghargai sesiapa sahaja yang membuat  tikar mengkuang.. Susah sungguh proses membuatnya. Aku suka juga menolong Nek Nyot ni. Mula-mula duri mengkuang harus dibuang menggunakan buluh yang tajam, Kemudian dijadikan helaian yang halus dan direndam beberpa hari untuk melembutkannya. Setelah itu dijemur dan dilurut untuk dilembutkan. Ah yang penting memang susahlah.Patutlah harganya mahal.Sekarang ni susah nak cari orang buat tikar mengkuang ni. Nek Nyot amat tekun membuat tikar ni,Banyak tikar-tikar ni di rumahnya.
       Nenek ni sentiasa nampak berseri dan menawan walapun dah tua. Aku seronok mengusik nenek ni kerana pada suatu hari ada seorang datuk tua telah bertanya macam-macam pada aku tentang nenek Nyot  ni.Lupa pulak nama datuk tu. Aku pun cerita tentang datuk tu kepada nek Nyot. Aku kata ada orang nak meminang nenek. Senyum aje nenek ni,Katanya dah tua-tua ni  mana ada orang minat.
        Yang paling aku tak lupa ialah nenek ni telah membuat sehelai tikar yang cantik untukku. Masa tu aku belajar di USM.Tak sempat aku mengambilnya kerana aku tak pulang ke kampung semasa cuti sebaliknya ke rumah kakak di Ramuan Cina. Kata kakak yang balik ke kampung . nenek Nyot dah buatkan kau tikar.Aku pesan suruh nenek tu jualkan kat orang lain. Terkilan rasanya.
         Selain itu nenek  Nyot juga kenen-kenen kan aku dengan cucunya dak Li tu. Sayangnya masa tu aku dah belajar di USM dan hati dah tersangkut kat orang lain. Memang aku ada juga hati dengan dak Li tu sebab sebelum maknya meninggal dia seorang yang baik dan sembahyang tak tinggal.. Tapi  dia berubah laku  setelah emaknya meninggal dan ayahnya berkahwin lain. Maafkan aku Nenek Nyot.Maafkan aku Li/Zahari sebab memang ada rasa suka tapi sebagai kawan sepermainan . Walaupun kau menunggu bertahun-tahun tapi apakan daya bukan ketentuan Tuhan. Semasa aku bercakap tentang hal ini dengan Mak Ngah Yos aku.Katanya janganlah Na... Mak Ngah tak setuju.Maaf aku tak dapat beritahu di sini sebab-sebabnya.Hanya orang kampung Bukit Senggeh yang telah tinggal di sana bertahun-tahun sahaja yang tahu kenapa Mak Ngah aku tak mahu aku dijodohkan dengan Dak Li cucu nek Nyot.
        Kini semua tinggal kenangan. Kedua-dua insan ini telah lama pergi mengadap Illahi. Kadang-kadang bila balik kampung, aku hendak gi rumah lama itu tapi tak juga dapat aku menjejakkan kaki ke rumah itu.Kata kakakku tak ada dah rumah pusaka tu.Dah dijual .Yang tinggal hanya kenangan. Perigi tua itu mesti sudah tidak ada lagi. Sungai itu sentiasa bermain dalam mimpiku.. Ye aku amat merindui zaman itu, Terbau lagi sireh nenek yang merah itu. Terasa masih ada dan dekat di hatiku. Maafkan aku Li.... Maafkan aku nek Nyot.