5 Dis 2010

kampungku Bukit Senggeh.

    Dulu masa kecil iaitu kira-kira usiaku 5 tahun  , baru keluargaku menetap di Kampung Bukit Senggeh , Selandar Melaka. Ayah sebelum ini berhijrah banyak tempat kerana kehidupan ayah  masa dulu agak susah. Ayah selalunya  menjadi  jaga di estet getah . Mula-mula di Segamat Johor dan akhirnya di Gemenchih Negeri Sembilan.
Memang aku dilahirkan di kampung ini, Lokasinya   yang terletaknya jauh juga dari bandar Melaka. Kiranya kampungku  tempat terakhir bas dari Jasin. Kemudian bas itu akan patah balik ke Jasin.


    Kampung ini mempunyai banyak solok(cabang ). Yang aku ingat ialah Solok Hilir(di sinilah rumahku), Solok Cembung, Solok Rejang, Solok Air Keruh. Di Solok Rejang inilah terletaknya Bukit Batu Lebah yang menjadi kebanggaan kampungku kerana bukit inilah bukit tertinggi di negeri Melaka.


    Dulu kampungku ini diketuai oleh Tok Sidang. Masa aku masih di kampung iaitu kira sekitar tahun 1987, aku ingat sidang kampungku bernama Sidang Taib (ingatan semakin lemah kerana peristiwa sudah lama berlalu).


    Masa aku kecil aku iaitu kira2 10 atau 11 tahun, aku kira semua penduduk kampung aku kenal. Makcik itu, makngah itu, nek lang sana, tok ngah situ.. Katalah siapa saja pasti aku tahu di mana rumahnya. Salasilah keluarga juga ayah lekatkan di didinding supaya senang kami anak2nya memahami kenapa kami bersaudara dengan orang itu atau orang ini. Kiranya satu kampung ada kaitan persaudaraan. Dulu aku ingat semua tapi kini semuanya telah lenyap dari memori. Sejak aku berkahwin dan berhijrah ke Pulau Pinang ini agak susah untuk pulang ke kampung  tambahan pula rumah ku sudah tiada. Jadi perkembangan di kampung tidak kuketahui sangat.


    Yang uniknya kampung ini menggunakan bahasa Negeri Sembilan. Tidak diketahui bagaimana itu terjadi sebab kampung Selandar menggunakan bahasa Melaka.  Tapi adatnya masih adat  Melaka. Tak adalah suku suku . Bukanlah pula kaum wanita mendapat hak istimewa. Yang seronoknya penduduk bergotong royong dalam semua aktiviti kemasyarakatan. Kalau dulu,  aku lah budak nakal iaitu Dak  Lina anak Dak Jaaman merayau-rayau dengan basikal besarnya tapi kini sudah dilupakan kerana sudah berpuluh-puluh tahun aku tak  pulang ke kampung . Hanya stahun sekali sahaja iaitu masa hari raya aidilfitri. Itupun hanya singgah sejam dua dan beraya dengan Busu Nina atau ke rumah  Paklang .

3 ulasan:

  1. Assalam salam kenal ...saya mas anak polis selandau (aruah ayah zainal yg gemok tu) ini lina adik aruah dak I ye..

    BalasPadam
  2. ye.. saya memang adik dak I. Mungkin saya ingat Suhaidah ni.Dulu saya suka duk rumah paklong baba di Selandau. Sekarang tak ada dah rumah dia sebab TNB ambik tanah tu. Selandau tu kecik aje.

    BalasPadam
  3. belum kesempatan nak tulis lagi perkara2 baru. Idea tak mahu keluar,

    BalasPadam