6 Dis 2010

Sekolahku SK Bukit Senggeh dan guruku

    Masa aku mula-mula masuk dalam darjah Satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh ini iaitu pada tahun 1975, aku agak besar juga budaknya. Montel. Mula-mula masuk aku taklah menangis kerana aku agak nakal  Dalam diam-diam aku mencubit seorang budak perempuan. Tak tahu lagi siapa dia. Dia pun mencubit aku semula. Masa tu ayah dan bapaknya ada di luar kelas.  Kemudian ayah memberitahu aku bahawa budak tu ada kaitan saudara dengan kami. Memang kami sekampung bersaudara. Nama budak tu Anida binti Bakar. (nasib baik masih ingat lagi).


    Sekolah ini dulu agak ketinggalan. Tiada tandas yang sempurna, tiada perpustakaan yang baik. Blok yang pertama saja batu, yang lain masih kayu.Kemudian barulah dibina dengan bangunan batu. di sebelahnya. (Aku pun tak berapa ingat bangunan yang macam mana) . Tapi perpustakaan memang sebelah kantin dan bangunannya  kayu. Mula-mula masuk dulu, gurunya agak garang juga. 


    Guru Bahasa Inggeris agak garang. Tak berapa ingat namanya. Mungkin Halimaton. Tapi yang aku ingat ada satu cikgu muzik  yang baik. Orangnya berjambang. Alat muziknya juga agak klasik. Kenangan yang tidak kulupa ialah masa aku darjah tiga, terdapat seorang guru perempuan yang baik bernama cikgu Noraini. Cara pengajarannya amat menarik hati.Cerita yang menarik ialah cerita ala Bawang Putih Bawang Merah. Menangis sungguh aku. Selain itu terdapat juga cikgu Thuaibah yang garang tapi baik hati, Masa rehat aku jarang pergi kantin kerana tak ada duit. Aku hanya bermain-main di koridor . Main pegang2 tiang dan sebagainya. Aku selalu dipanggilnya lalu dibagi kuih yang dibuatnya sendiri. Mungkin dia kasihan kepada aku.


    Masa dulu murid-murid sekolah ini agak kurang lalu masuklah pelajar-pelajar dari kampung Jus. Kemudian baru pelajar-pelajar sekolah Jus itu  ditempatkan di sek keb Jus setelah  bangunan di sana siap. Masa aku darjah tiga atau empat, guru besar masa tu seorang guru lelaki.(tak ingat juga namanya) Yang malangnya aku dengar cerita dia ditimpa buah kelapa . Entah betul entah tidak cerita yang aku dengar tu. Tapi masa pelajaran tatarakyat, dia macam tak kisah dah dgn kelas. Kami main batu seremban masa dia masuk mengajar Kata org ingatannya  tenganggu krn ditimpa buah kelapa tu. Maafkanlah aku jika cerita yg kudengar itu salah.


    Semasa aku darjah lima dan enam situasi telah berubah kerana guru-guru lama telah berrpindah atau pencen. yang masuk guru-guru baru atau guru lain. Cara pengajarannya juga lain . Nanti aku ceritakan. Tapi harap jangan ada yang berkecil hati.


    Apa yg hendak aku ceritakan ini hanya untuk menjadi pengajaran kepada kita semua. Masa tu nama cikgu Kamal, cikgu Abdul Rahman Daud dan Cikgu Abdul Jalil menjadi satu nama yang masih kekal dlm ingatanku. Kenapa???? Masa aku darjah lima atau enam ini, ayahku tiba2 berubah angin dan  berkahwin satu lagi. Ya keluarga aku sangat susah kerana ayah hampir tidak mengambil tahu tentang kami kerana asyik dengan keluarga barunya. 


    Tapi apa kaitannya dengan cikgu-cikgu ini? Mereka sentiasa menghina aku sebabnya kesalahan ayahku yang berkahwin lain itu. Sepatutnya mereka kasihan kepada aku dan ibu yang bertungkus lumus mencari duit untuk menyekolahkan aku.  Keadaan aku masa tu memang daif, kasut buruk dan berlubang. baju putih dah kuning kerana dipakai dua tahun. Rambut pun kusut masai.Tiada pakaian mahal. Semuanya diberi orang. Selipar jepun pun yang diikat dengan tali rapia.


    Walaupun dalam katogeri oarang susah tapi guru-guru ini tidak rasa belas kasihan. Makanan tambahan untuk murid miskin, aku tidak layak dapat kerana guru ini kata ayah aku mampu kahwin dua maka patutnya ayah aku bagi duit. Mereka ni tak tahu hidup aku yang terlalu susah. Hanya emak tidak diceraikan dlm erti kata sebenar tapi ayah tak tengok kami pun. Saja kot cikgu tu jeles. Tp memang rasanya aku berdendam dengan cikgu-cikgu ni sampai sekarang.. Mereka sering memperli aku  . Yang salah.AKU atau AYAH AKU. ??Kenapa aku menjadi mangsa kejian mereka. Ada aje yang aku tidak kena di mata cikgu Abdul Rahman Daud tu. Walaupun cerita itu sudah lama berlalu tapi kesannya masih terasa di hati.  


    Pelajaran ku juga tidak cemerlang. Masa peperiksaan darjah lima(tahun 1979)keputusan tak leh masuk sekolah asrama penuh. Maka aku berazam untuk berjaya. Kini setelah bergelar guru aku sentiasa simpati dengan pelajar-pelajar yang betul2 miskin. Cari apa masalah mereka. Bukan hinaan. kerana mereka akan ingat sampai bila2. Akhirnya cikgu Kamal tu pun kahwin dua.(1980) rasanya dengan kak Salasiah seorang kerani.  Paku dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih.

1 ulasan:

  1. 😢😢Sabarlah kak itu adalah dugaan hidup,kepahitan itulah buat akak berjaya seperti sekarang ini rasanya....

    BalasPadam