Semasa aku darjah 3 atau 4, aku mempunyai kawan-kawan sekampung yang masih kuingati namanya tetapi sekarang mungkin sudah berubah wajah masing-masing.Maklumlah semua dah tua2.
Kawan yang pertama bernama Salmah Md.Yassin. Dia ni tinggal dengan ayahnya sorang2 aje. Tak de adik beradik lain. Masa tu aku kecik dan tak tahu apa berlaku kpd keluarganya. Salmah mula2 tinggal di sebuah rumah di simpang antara Solok Rejang dengan Solok Air Keroh.. (Mungkin dah tak ada dah rumah ni) Selalunya selepas sekolah aku akan pergi rumah dia dgn basikal tua .
Kadang2 sampai tertidur aku kat rumah dia. Kami main pondok2. Main skiping dan sebagainya. Peristiwa yg aku tak boleh lupakan ialah aku dan dia merayau-rayau kat tepi sawah belakang rumah dia. Tiba2 aku ternampak buah hutan yg nampak cantik dan menarik. Nasib baik kami tak makan. Sampai rumah dia , kami tunjukkan kat bapanya. Kata pakcik tu, buah tu beracun. Kemudian yg aku ketahui aku demam teruk dua minggu lepas tu. Puas lah emak bawa aku berubat. Masa tu ada Tok Mok yg pandai menawar org2 sakit. Selepas baca2 dia pun bagi minum air. Mungkin tersampuk agaknya. Kemudian aku pun sembuh. Aku rasa sekarang ni kalau bawa ke hospital tentu doktor kata demam denggi. Zaman dulu nak gi hospital jauh, Kereta pun tak ada. Nak naik teksi mahal.Tapi nasiblah ada bomoh macam Tok Mok tu. Ada jugalah cara nak mengubat sakit-sakit ni.
Cerita pasal Salmah Yasin ni semula. Lepas tu dia pindah belakang rumah Pakcik Dol(yg ada kedai runcit tu), selalu juga aku pergi rumah dia. Dekat rumah dia ada kolam ikan yg besar. Petang2 aku gi memancing dgn dia. Tp aku jenis tk sabar. Mana nak dapat ikan kalau asyik tarik joran tu. Dulu heboh projek pertanian pisang emas kat kampung aku. Dan projek ternakan ikan ,(kolam ikan) . Sekarang ni tak tahu apa berlaku. Kisah ni berlaku masa tahun 1978 dan 1979. Apabila sekarang ni diusahakan(diheboh2) semula projek ternakan dan pertanian , kampung Bukit Senggeh dah jalankanny lama dulu. Tapi sekarang ni lama tak balik maka mungkin dah tak ada lagi. Rindunya kat Salmah. Di manakah agaknya dia sekarang.
Kalau cikgu nak contact Kak Salmah ni, boleh la email pd saya shahnza@gmail.com . Kakak saya, masih lagi berhubung dgn dia.
BalasPadam