Aku dah lupa nama penuhnya tapi Rohaidah ini sentiasa dalam kenangan ku. Dia pindah ke kampung ini masa darjah 4 atau 5. Dia duduk di Solok Air Keruh. Kalau dulu aku. Rozilawati, Kadir , Hazla selalu berlumba-lumba untuk dapat nombor 1 hingga 5, tapi bila Rohaidah ni datang maka dialah yang selalu bolot nombor satu. Memang dia seorang pelajar yang pandai. Bapanya sakit masa tu . Emaknyalah yg bertungkus lumus membesarkan mereka adik beradik.
Masa keputusan darjah lima(masa dulu tak ada UPSR) , Rohaidah ni dapat 5 A . Maka aku ingat dia ditawarkan ke asrama penuh. Tapi aku hanya akan bersekolah di SMK Selandar yg jauhnya kira-kira 3 batu saja. Tapi bila aku berada di tingkatan 1, aku tengok Rohaidah ni ada. Mungkin ada faktor yg menyebabkan dia tak gi asrama penuh. (Aku dah lupa sebabnya) . Maka semasa aku di tingkatan 1 Perdagangan (konon2nya kelas terpandai) maka dia ajelah bolot dapat nombor satu dlm kelas dan dalam keseluruhan tingkatan. Dia ni tak sombong dan rajin menolong rakan2 . Aku yg lemah matematik ni memang selalu meminjam buku darinya dan tiru waktu pagi2 buta sebelum loceng berbunyi.He..he biasalah.
Masa SRP diumumkan dia memang cemerlang dapat 8 A. Masa tu SMK Selandar baru kali kedua SRP diadakan (tahun 1983) . Sekolah baru buka. Jadi dialah pembuka mata bagi pelajar2 yg lain. Maksudnya sekolah pedalaman juga boleh berjaya.
Rohaidah ni ditawarkan ke MRSM Jasin. Hilanglah aku seorg sahabat baik. Tapi masa aku di SMK Datuk Bendahara Jasin masa tingkatan 4, aku dengar Rohaidah ni sakit. Kata org mungkin buatan org. Aku pun tak tahu apa sebabnya. Sakitnya ialah dia dah lupa akan dirinya. Tak kenal orang . Aku amat sedih mendengar hal ini kerana dialah harapan keluarganya. Dialah sahabat sejati aku. Suatu hari, aku dan kawan2 pergi melawatnya. Rasanya dengan Azizah, Norliza Samsudin dan yang lain2. Masa tu raya. Sampai kat rumah dia, kami bagi salam. Yang aku pelik,bila dia nampak aku ,dia panggil, Lina..kau datang. Aku seronok. Ingatkan dia OK. Tapi bila duduk sambil makan kuih raya, dia diam aje. Sambil tu dia asyik makan . Matanya tak pandang aku dah. Aku betul2 sedih sangat. Rasanya kami ni bersaudara kerana neneknya macam ada mengena dengan datuk aku. Tapi aku ni betul2 dah lupa.
Yang aku rasa paling penting ialah dialah org pertama jual kerepek ubi pedas kat sekolah. Emaknya yang buat. Sebelum tu kerepek ubi pedas tak pernah ada.Tak pernah ada keluaranlah maksudny.a Maka org pertama yg pandai membuatnya ialah emaknya. Lupa dah nama mak dia. Sedap sekali buatannya. Dia jual masa pagi2 kat sek. Rohaidah..Rohaidah ... aku sentiasa mengingatimu. Dulu sekali aku balik kampung pergi cari dia. Jumpalah seorg lelaki. Aku main tanya aje kalau dia kenal Rohaidah sebab rumah dia pun dah berubah. Kata budak tu , kakaknya Rohaidah masih sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan