Nama-nama kawan, masih aku ingat sikit-sikit tapi makin hilang ditelan usia. Makin lama mungkin aku makin lupa. Kawan yang aku hampir lupa bernama Mat Jais. Duduk di Solok Cembung. Kenapa ye aku masih ingat sikit2 dengan dia ni. Sebab dia ni bersaudara dengan Nenek Hawa. dan Tuk Jantan. Jadi dia adalah juga pergi rumah Nenek Hawa ni. Sebab aku memang selalu pergi rumah Nenek Hawa maka aku masih ingatlah Mat Jais.
Yang kedua aku ingat nama dia sebab namanya macam nama penyanyi Ahmad Jais. Dan rasa akulah Mat Jais ni dulu putih orangnya dan berbadan agak besar. Yang paling aku ingat ialah semasa sekolah rendah, mula2 dia tak pandai sangat. (Jgn marah ye Mat Jais kalau terbaca bloq aku ni) tapi bila darjah 4 tu tiba2 markah ujian dia meningkat tiba2. Kami yang selalu dapat nombor 1 hingga 5 ni jeleslah. Budak2 masa tu. Nakal2 ni biasalah. Maka kami buatlah cerita dia meniru masa peperiksaan.. Kami kata dia tulis kat kertas dan tiru. Kesian kat dia. Baru nak bersemangat belajar maka kami buat kacau pulak. Tapi aku lupa apa yang jadi lepas tu. Dah kerja apalah dia sekarang.
Nama yang kedua aku ingat ialah Mat Rizal Yassin (betul ke nama ni). kat kampung kami ada dua nama Yassin maka bapa dia org panggil Yassin Panjang. Ada kedai runcit kat Solok Rejang. Aku ingat dia sebab depan rumah dia ada pokok cepu iaitu sejenis buah macam buah manggis.
Yang ketiga ialah Abdul Kadir Yassin. Ingat kat dia sebab masa kecik dia ni hensem. Nenek Hawa selalu kenen-kenenkan aku dengan dia ni. Lagi satu dia pandai main bola sepak. Memang kecik2 dulu aku minat kat dia. Masa tu kan sek rendah. Geli hati pulak ingat kisah2 lama ni. Nasib baik dia tak tahu. Dulu aku ingat dia buat ALevel sebab kepuutusan SPMnya cemerlang. Tp apa jd lepas tu aku tak tahu. Hari tu kata Azman kawan aku, Kadir ni kerja bank kat bandar Melaka. Hensome lagi ke Kadir ni. He..he.
Kawan yang tak boleh aku lupa ialah Mat Nafi Majid. Nasib baik aku jumpa semula dia ni sebab satu hari tu aku buka internet ttg Kg Bukit Senggeh, ada nama dia. Dia suka ambik gambar2 dan tunjukkan di internet. Yg aku tak leh lupa pasal Mat Nafi ni ialah dulu aku panggil dia kopi. Saja2 mengusik dia. Dia selalu naik basikal tua pergi Selandar dan lalu depan rumah aku. . Maka aku kata Dak Kopi dah lalu. Yg jd ingatan aku yg mungkin Nafi tak ingat ialah masa tingkatan 2 di SMK Selandar. Cikgu Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Norlia panggil aku kat depan sebab aku tak berapa pandai Inggeris ni. Katanya awak "copy "ke dr sesiapa? Aku tak faham apa dia cakap. Aku ingatkan dia kata si Kopi ni tiru awak ke. Aku pun cakap ye. Memang Nafi pinjam buku aku. Maka aku ingat Copy tu sama dengan kopi. Salah faham aku menyebabkan aku kena leter sikit aje sebab cikgu Norlia tu baik sesungguh-sungguhnya. Kahwin dengan org dekat aje Si Kopi ni. Seberang sawah aje.
Yang lain2 kawan yang aku ingat sikit2 ialah Rozilawati Dagang. Dia ni pandai dan bersekolah di tempat lain selepas darjah enam. Dia belajar kat universiti luar negeri. Aku dalam negeri aje. SPM aku cukup makan aje.
Kawan lain Azizah Lasim, Mat Deris atau Amran..Entahlah. Azizah aku ingat sebab rumah dia dekat dengan rumah Cikgu Latifah Harun kat Solok Cembung. Rambutnya yg istimewa kerana lebat dan diikat kuda. Bulu mata pun lebat. Abangnya nama Muhamad.
P/S : Kalau aku balik kampung pun aku tak akan kenal dengan kawan2 aku ni. Sebab umur dah meningkat. Muka pun berubahlah kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan