Nenek Saedah ni sama ada mak kepada Nenek Hawa atau Tuk Jantan, aku pun tak tahu. Tp yg aku tahu nenek ni sudah tua sesangat. Tp cerita Nenek Saedah ni tak lah panjang sangat. Aku dan keluarga memang selalu menumpang rumah Nenek Hawa. Pertama krn ayah selalu tak de di rumah kerana kerja.Untuk menghilangkan kebosanan mak akan bawa kami adik beradik tidur rumah Nenek Hawa yg letaknya di seberang sawah. Kalau sekarang mungkin aku tak mahu ikut kerana org sekarang suka privacy. Tp kat kampung zaman2 dulu, tak pulak Nenek Hawa anggap kami membebankan . Mak dan nenek Hawa serta anak2nya akan berborak sampai larut malam .Esoknya pagi-pagi lagi kami dah kena balik sebab nak ke sekolah.
Bercakap ttg Nenek Saedah td, orgnya sudah bongkok sangat, rambut putih. Berkedut seribu tp masih kuat lagi. Yg aku ingat dia suka suruh aku cari kutu. Masa tu umur aku dalam 9 tahun . Masa tu aku tengah nakal. Pada masa saat2 kematian nenek Saedah ni, aku ada kat rumah Nenek Hawa.Org tak ramai lg yg datang. Bumbung rumah terpaksa dibuka krn kata mereka nenek Saedah ni ada ilmu.Selagi tak bukak bumbung maka selagi tu dia susah nak mati. Aku tak takut masa tu sbb kenakalan aku melebihi dr sikap takut.Aku tunggu dekat dgn nenek ni. Org lain duduk kat dapur.Nenek ni diletakkan kat ruang tengah.Masa dia nak meninggal tu aku tengoklah. Masa dia hembuskan nafas terakhir, aku lihat badannya makin merengkuk.Atau semakin mengecil. Tapi taklah jd debu atau ada ulat2. Aku tengok relax aje. Kalau sekarang, tak tahulah apa jd kat aku.Mungkin langkah seribu kot.
Apalah ilmu yg dipakai oleh nenek Saedah ni ye. Kalau ilmu cantik, bg sikit kat aku ok kot.Sat lagi aku pulak mati susah.Ish tak mahulah aku. Pasal Tuk Jantan ni , ada kisah yg agak sedih juga. Tuk Jantan ni aku rasa baik sangat. Sebab dia tak marah aku dan mak serta adik2 tumpang tidur rumah dia. Dia ni bekerja kat Nyalas rasanya.Sebagai apa tak ingat pula.Mungkin mandur atau kerani kot.Tiap2 hari dia akan naik motor ke Nyalas melalui jalan Gapis ke apa namanya. Jalan ke Jus dan sambung lagi sampai Nyalas.Jalannya sunyi benar.Dulu kalau bas ada lalu kat situ tetapi drivernya takut kerana kata mereka ada perempuan cantik akan berhentikan bas dan bau mereka wangi.Tup tupwanita itu hilang dlm perjalanan.Bas jd berat tak leh jalan dah. Jadi perkhidmatan bas dr kampungku ke Nyalas terpaksa dihentikan krn driver takut akan org bunian.Rumah pun tak ada sepanjang jalan tu.
Pada suatu pagi Tuk Jantan pergilah kerja. Kemudian ada org datang bagi tahu, mana rumah Tuk Jantan? Emak tanya kenapa? Kata org tu Tuk Jantan dah meninggal.Terkejut kami.Kenapa? Kata org tu dalam perjalanan ke tempat kerja, tiba2 pokok tumbang dan menghempap Tu Jantan.Dia mati serta merta di tempat di tempat kejadian. Tempat tulah yg dikatakan keras tu. Kita tak tahu betul ke tidak. Ajal maut kan kuasa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan