Masa aku kecil-kecil , ayah selalu bercerita tentang kisah Tuk Rimau ni. Kononnya keluarga kami berasal dari Kerinchi , Indonesia. Yg bukak kampung pun berasal dari sana. Tp kisah dah lama , ingatan org2 sekarang dah hampir hilang ditelan zaman. Nak rujuk kpd yg tua, kebanyakan sudah meninggal dunia.
Kata ayah, tapak rumah kami tu adalah laluan Tuk Rimau. Ada tujuh beradik katanya.
Satu kat Kubur Jarab iaitu jalan nak gi rumah Makngah aku. Ada kubur kat situ. Dulu Tuk Muk(lelaki) selalu jaga makam kat situ.Sekarang tak de siapa jaga kot. Yg aku percaya sampai sekarang ialah memang aku nampak mata yg bernyala-nyala . Badan rimau aku tak nampak. Sekali tu aku nampak semasa balik dr tengok wayang. Dulu wayang ditayangkan di Padang Sekolah. Jd kami semua nampak mcm lampu suluh.Tetapi arah yg lampu pergi ialah ke dalam hutan. Ish seram pulak bulu roma aku .
Kemudian, memang aku alami sendiri, tiap2 malam iaitu kira pukul 1 pagi, terdengar tapak kaki berjalan mengelingi rumahku.Dari celah2 dinding nampak lampu bercahaya.A ku dan adik2 diamkan diri sahaja. Masa tu aku dan dua orang adik perempuan duk bertiga aje di rumah ni. Masa tu mak dah meninggal dan kami malu nak tumpang rumah orang. Kalau dulu masa mak ada kami tumpang rumah nenek Hawa.
Kini dua2 orang yg aku sayangi sudah meninggal dunia.Kejadian berlaku masa umur aku 17 tahun atau 18 thn. Yg ada kat rumah nenek Hawa ialah Busu Nina. Yg lain semua dah kahwin.Suasana tak seperti dahulu. Busu Nina juga dah kahwin.Tak kan aku nak tumpang rumah dia. Jd waktu malam aku dan adik2 duk dalam ketakutan, Bawa parang, kayu dan sebagainya semasa tidur.Bukan takut kat Tuk Rimau tp takut kalau ada budak2 lelaki nakal menceroboh.Bila cerita kat ayah( dia tinggal dgn mak tiri di Duyung) kata ayah tak apa. Tuk Rimau tolong jaga. Memang benar aku nampak cahaya.
Kata ayah tu matanya. Oh kalau dekat2 pukul 12 atau 1.00 pagi takut wo. Tapi bukan setiap malam Tuk Rimau ni mengelilingi rumah kami. Kadang2 aja. Kisah Tuk Rimau ni tak habis begitu aja. Masa aku belajar kat USM, kalau aku duk sorang2 , mesti dengar suara dengusan mcm bunyi harimau.Oh takut sampai ketar tangan aku nak buka pintu. Aku jerit minta tolong. Kawan tolong tengokkan.Kata mereka tak ada apa2 pun. Jd utk mengelakkan apa2 berlaku , aku selalu study kat perpustakaan atau kat ruang menonton TV.Asalkan ada orang sudah. Mcm cerita waris jari hantu pulak no.
Tapi kalau aku marah sangat seseorang tu , nanti aku jadi rimau .he..he Tp ada satu kisah yg aku tak boleh lupakan sampai sekarang. Entah berkaitan atau tak, tak tahulah aku. , Kisahnya begini...ceng ceng.. Aku ada jiran bernama Mak Ton. Dia ada boyfreind ttp suami org. Suatu hari dia ada masalah dgn boyfriend dia. Sbb ada org tak bagi dia kawan dgn suami org. Bila boyfreind telefon dia tak angkat.Nak jd cerita panggilan yg ke berapa , mungkin ke 100 kot, mak Ton ni suruh aku jawab.Katakan nom silap.Aku pun buat apa dia suruh,Maaf nom yg anda panggil silap.Apa lagi membaralah org tu. Malam tu kira-kira kul 12 malam dia datang mengamuk rumah Mak Ton. Bising2. Dia tanya siapa kata salah nombor. Mak Ton takut dia pun cakap aku.Maka boyfriend datang dengan bising2 . Nak pecah tingkap rumah aku. Aku takut yg amat sangat.
Aku terpaksa bukak pintu juga sebab nanti lagi bising. Dalam keadaan menggigil aku buka pintu.Tiba2 boyfreind Mak Ton ni diam dan terus balik. Mak Ton dgn anak2 sedaranya hairanlah. Kenapa dalam keadaan marah tiba2 boyfreind dia jd diam terus hidup motor terus balik. Malam tu boyfreind dia accident. Aku kata aku rasa ada bunyi nafas harimau. Ha tulah...Tp aku percaya setiap kita mestilah berlindung dengan Allah sahaja. Takut nanti kita menduakan Allah. Tak dapat cium bau syurga nanti. Yg Tuk Rimau ni kita tak tahu apa2. Kisah2 ghaib ni kena minta pandangan org2 yg berilmu. Aku takut iman terpesong .
Tp ada Tuk Bomoh tu kata kalau aku betul2 fokus tentu aku boleh jd bomoh. Ayo yo susahlah. Aku nak mengajar . Jd cikgu ni kerja tak habis2. Kata Tuk bomoh tu lagi, aku boleh bersilat. Tp selama ni aku tak tahu pulak aku pandai bersilat. kalau budak2 nakal aje, boleh juga ye aku bukak silat.Nah kau ambik penangan aku.Nak gengster lagi dgn cikgu kau ni. Ha..ha lawak tp seram.
suka dengan cerita2 mistik cam gini.. :)
BalasPadamBiarpun ada terdengar cerita2, nasib baik tak pernah jumpa apa2 waktu kat kampung. Ada la sekali kena sekeh dekat sungai tepi rumah Tok Seman tp abg saya kena penampar jepun kat tempat tu sebab menyanyi terjerit-jerit waktu tengah malam.
BalasPadamBalik tengah malam memang selalula. Paling suspen bila kena tolak motor rosak waktu tengah malam depan kubur jarab tu.